Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
Memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya...
setitis air mani yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Monday, July 5, 2010
Bersediakah anda ketika dipanggil PULANG oleh ALLAH swt
Posted by Ida - Epul at 9:27 PM 0 comments
5 Perkara ...
lima perkara yang mana semua orang mahukannya dan kita perlu berusaha utk mendapatkannya. Antaranya ialah:
1- Wajah yang cantik
2-Duit yang banyak
3- Kesihatan yang baik
4 - Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5- Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Senang sahaja untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari.
Sabda Rasulullah saw
- "Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya"
- "Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat"
- "Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan"
- "Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat" dan
- "Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak".
Posted by Ida - Epul at 8:49 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)