iklanku

Monday, June 28, 2010

Jangan Dan Jangan

* Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain ceritanya.

* Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

* Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

* Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

* Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

* Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

* Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

* Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

* Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

* Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

* Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

* Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

* Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

* Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

* Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

* Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

* Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

* Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

* Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


              ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

0 comments: